Perkembangan ICT yang telah menukar wajah P&P melalui penggunaan komputer,LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih. Pelajar dapat akses kepada pelbagai jenis maklumat dari pelbagai sumber.Ia meliputi "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT". Untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai subjek ini dalam masa yang lebih cepat, enam komponen Webquest telah direka bentuk untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Kelebihannya ialah kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur, memudahkan pembelajaran, menarik perhatian untuk belajar, tidak membosankan dan memudahkan pelajar membuat rujukan. Kesimpulannya saranan kerajaan Malaysia supaya mengaplikasi ICT di sekolah sangat tepat setanding dengan negara maju yang lain di dunia.
Friday, 25 November 2011
Webquest Bagi Mata Pelajaran ICT
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B07%5D.pdf
Integration Of ICT In Education
Many important changes have occured in the last few years in the education systems, which will require teachers and school leaders to upgrade and refine their technology skills. Leaders need to develop teachers' skill in using ICT for teaching, solving problems, making decisions and interacting in order to enhance the pedagogical methods. Many teachers lacked meaningful opportunities to acquire the skills needed to meet the desired ICT outcomes. Hence, a challenge for technology leaders is to provide responsive and flexible professional development appointments that focus on technology integration and design rather than computer application alone. Therefore school leaders should have an awareness on obstacles that limit ICT integration and translate the knowledge into effective approaches of leadership.
Further reading, search: http://users.ntua.gr/vvesk/ictedu/article5_pelgrum.pdf
ICT Dalam Pendidikan- satu cabaran & pembaharuan
http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf
ICT dikenalpasti sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan. Kepesatan kemajuan dan penggunaan ICT menjadi cabaran pada semua peringkat organisasi pendidikan dalam sebagai alat pengupaya. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan pelajar. Justeru itu, penggunaan ICT berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.
Thursday, 24 November 2011
Monday, 21 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)