Friday, 25 November 2011

ICT Dalam Pendidikan- satu cabaran & pembaharuan

http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf

ICT dikenalpasti sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan.  Kepesatan kemajuan dan penggunaan ICT menjadi cabaran pada semua peringkat organisasi pendidikan dalam sebagai alat pengupaya.  ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta pendidikan sepanjang hayat.  Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan pelajar.  Justeru itu, penggunaan ICT berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.  

3 comments:

  1. laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal "Pengetahuan · Pemahaman" · "kemahiran praktikal" dan "Presentasi kepakaran" dalam bidang pengajian seperti matematik, sains, dan pendidikan sosial.

    ReplyDelete
  2. perkembangan ICT dalam sektor pendidikan Malaysia? Hmmm....
    jika di fokus ke sekolah-sekolah kerajaan rasanya masih belum benar2 berkembang kerana melihat kepada permasalahan makmal komputer yg ada sekarang serta silibus. Silibus komputer di sekolah lebih menjurus kepada pembelajaran subjek sekolah menggunakan komputer. Spt sains, math dsbnya. Sesetengah sekolah ada kelab komputer bagi mereka yg ingin belajar skill spt membuat laman web, ms office dsbnya. Tapi tak banyak.

    Di sekolah swasta mengikut apa yg sherrina tau memang up to date. Kebanyakkannya mewujudkan kelas komputer utk mempelajari skill komputer spt office, web dsbnya. Ada sekolah yg mencipta silibus sendiri tapi kebanyakkannya lebih senang mengadakan usahasama dengan sykt2 latihan komputer spt Futurekids(where I work, www.futurekids.com.my), Technokids dsbnya.

    Selain dari mempelajarinya disekolah, sykt2 yg menyediakan latihan komputer turut menawarkan kelas komputer di pusat2 pembelajaran masing2. So, pada student yg sekolahnya takde kelas komputer mereka boleh belajar disini dan kebanyakkan student kami adalah mereka yg mempelajari komputer disekolah tetapi mahu mendapatkan kemahiran yg lebih dengan menghadiri kelas tambahan di pusat latihan.

    ReplyDelete